Saturday, 17 September 2011

Penternakan Lebah (Madu Lebah)


Benett’s Honey Farm di Fillmore, Carlifornia mempunyai pekerja iaitu lebih kurang 40 juta lebah untuk menghasilkan madu. Lebah-lebah  ini dapat menghasilkan 2 juta paun madu setahun dan untuk mendapatkan 1 paun madu, lebah tersebut mesti mendapatkan hasil manisan dari 2 juta kuntum bunga.


Tempat Pembiakan Lebah
Untuk mendapatkan madu, penyediaan rangka sarang lebah dilakukan. Pekerja akan mengasingkan lilin yang terhasil bersama madu daripada rangka sarang lebah.

Walaupun telah melalui proses pengasingan lilin, namun masih ada saki baki lilin yang tertinggal dan bercampur dengan madu. Madu tersebut akan dimasukkan ke dalam kontena yang besar di mana dalam beberapa hari lilin akan timbul ke atas dan madu asli akan turun ke bawah.

Proses pengasingan Madu dijalankan

Lilin tidak akan dibuang dan akan digunakan untuk proses membuat lilin, bahan kosmetik, bahan campuran membuat tisu dan sebagainya. 

Lilin yang terhasil dan akan dijual

Madu tidak akan rosak walaupun disimpan lama dan banyak digunakan di hotel-hotel mewah untuk sajian makanan harian di Amerika Syarikat.


Thursday, 15 September 2011

Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Sektor Pertanian

Perniagaan berteraskan Pertanian

Sektor pertanian menjanjikan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Dengan adanya teknologi yang berdaya saing, banyak peluang dan kemudahan perniagaan dapat dijalankan secara lebih berkesan yang dapat memenuhi kehendak industri. Teknologi banyak membantu dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyat. 


Sebuah rancangan TV iaitu Food Tech pernah menyiarkan cara penanaman sayuran seperti bayam dijalankan secara meluas di Ocean Mist Farm, California, Amerika Syarikat menggunakan teknologi melalui program yang disebut ‘Traceability Programme’. Program ini amat berkesan sekali di mana segala kemudahan seperti mesin pembungkus, perlabelan dan



pengedaran diadakan serentak di ladang tersebut. Dalam sehari mereka dapat melakukan  tuaian untuk beberapa ekar tanah dan menghasilkan lebih kurang 45,000 kotak sayuran bayam sehari. Sayuran tersebut diikat, dikotakkan dan seterusnya diedarkan pada hari yang sama. Kesemua kotak akan dilabelkan yang membolehkan kita mengesan balik tempat penanaman sayuran yang tidak selamat dimakan.


Sayuran yang sudah siap dikotak dan dilabelkan akan dibawa ke kilang untuk ujian keselamatan. Sayuran tersebut akan di masukkan ke dalam penyejuk ‘hidro cooler’ iaitu ‘tube’di mana sampel air dari sayuran akan diambil untuk dikaji. Ini adalah untuk memastikan sayuran selamat dari sebarang jenis bakteria sebelum dapat di pasarkan.
Dengan adanya kemudahan sains dan teknologi segala kerja dapat dipermudahkan selain dapat mempertingkatkan hasil dan kualiti tanaman pertanian kita.