Showing posts with label horse riding. Show all posts
Showing posts with label horse riding. Show all posts

Saturday, 14 May 2011

Holiday at Bukit Tinggi Resort, Pahang

Gambar ni di ambil sewaktu aku bersama suami dan 2 orang anak lelaki aku berada di Bukit Tinggi Resort, lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur..Cuaca pada masa tu memang cantik, udaranya dingin serta  mempunyai ketinggian 800-1000m dari paras laut.. Tidak  banyak perubahan yang yang kami dapati sejak kali pertama datang ke sini hingga kini..

\
                                          RABBIT PARK      

It's a  French theme resort, yang dibuka pada bulan Julai 2000.Terdapatnya hutan hujan tropika seluas 16,000 ekar dan dibina sebentuk macam bangunan lama yang terletak di Alsace ,Perancis..Well, struktur binaan bangunan memang unik..daripada penggunaan batu solid pada dinding  hinggalah decorasi bangunan itu sendiri..sebentuk macam cerita dogeng Inggeris dulu kala.. dengan bangunan tingginya, jam besar, cuckoo clock tower, fountain… dengan kata lain suasana dan pemandangan cam ni memang tak terdapat kat mana mana pun dalam Malaysia ..jadi, sesiapa yang tak sempat dan kempunan nak pergi ke Perancis, boleh la datang terus ke Bukit Tinggi Colmar Tropicale ..

DONKEY RIDE 

Entrance fee RM 16 untuk dewasa dan RM 8 kanak kanak..Aku rasa harga masih berpatutan lagi sebab terdapat banyak aktiviti dan hiburan disediakan seperti live band, persembahan badut, aktiviti untuk kanak kanak seperti melukis dan sebagainya..


Clown-entertain children with various activities
  
Tak jauh dari situ ada Rabbit Park, tempat menunggang kuda dan keldai, padang golf, kolam mandi dan Japanese Village (taman botanic di sini memang cantik dan mendamaikan..kolam airnya cetek tapi ada banyak ikan koi atau lebih dikenali sebagai Japanese Carp)..

Colmar Tropicale Resort Hotel offers French village suites with 260 units of hotel rooms that range from superior to 6 bedroom suites.



Draw Bridge-Front View of Colmar Tropicale; Inspired by the original Colmar Village in Alsace, France, Colmar Tropicale. At its heart is Colmar Square, a cobblestone central courtyard.




Sempat lagi pergi ke souvenir shop untuk di bawa pulang..sebelum balik sempat lepak dan menjamu selera di salah sebuah restaurant di situ..Cuma, berbanding sejak permulaan ia dibuka dan kebelakangan ini,  kami dapati ada beberapa restaurant yang kosong atau ditutup..dan semestinya pilihan agak terhad.. begitu juga dengan hotel yang ditawarkan tidak seindah seperti yang di war-warkan di dalam risalah..just ok la..
                                     Restaurants and Bars

Friday, 6 May 2011

Borneo Highland Resort-HUTAN TERTUA DAN KEDUA BESAR DI DUNIA

Sekiranya you all datang ke Kuching, Sarawak, singgahlah ke Borneo Highland Resort.

Borneo Highland Resort terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandar Kuching.

Tempat ini diliputi hutan hujan tropika seluas 5000 ekar, dan antara hutan yang tertua dan kedua besar di dunia..
Di sini terdapatnya berjenis jenis hidupan semulajadi flora dan fauna…Kalau nak tahu, suhu kat puncak ni sejuk dan nyaman..antara 18-28C..


Ketika menaiki puncak Borneo, you all jangan terkejut sebab perjalanan ke puncak terlalu curam 90°… dah tentu amat mengerunkan.. Cuma pacuan 4 roda yang dipandu oleh pekerja berpengalaman sahaja yang dibenarkan membawa pengunjung ke puncak!! So, not much to worry!!

Segala ketakutan kita akan terubat dengan pemandangan yang mengasyikkan..terdapat berjenis-jenis flora dan fauna ..suasana yang tenang dan damai ini sungguh mengasyikkan..tempat ni berangin dan sejuk terutamanya ketika waktu nak masuk senja… rasa rasanya kalau ada producer cerita Tamil atau Hindi nak buat screen tari menari kat sini memang cukup menarik ni!!!

So, sebaik baiknya sesiapa yang tak tahan sejuk tu bawa la jaket bersama sama..



Dari sini juga kita dapat melihat sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia… Pada setiap hari, pengunjung yang bertandang bermalam di sini dihadkan kepada 60 orang sahaja kerana tempat penginapan yang terhad disamping hendak menjaga standard tempat tersebut. Clubhouse cuma ada 30 buah bilik sementara jumlah kabin cuma 10 bilik sahaja.


Satu-satunya tempat nak menjamu selera adalah Annah Rais Café … For your information, kat sini juga terdapatnya ladang organik seperti sayur sayuran, buah buahan dan herba .. So, apa yang dijamu oleh Annah Rais Café ni, datangnya dari ladang organic ni la…


Para pengunjung boleh mengadakan aktiviti mendaki gunung, menunggang kuda atau pun berjalan jalan menikmati panorama indah di sini…
Banyak jugak aku ambik gambar kat puncak ni…
Keindahan flora dan fauna di samping landskap yang menarik!!
So, macam mana aku punya teknik pengambaran, ok tak??? Hi..hi..