Friday 22 April 2011

Keindahan Pulau Manukan, Sabah

Destinasi kami seterusnya adalah  Pulau Manukan di Sabah iaitu kira kira 10-20 minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot.
Memang cantik tempat ni , dengan pasir pantainya yang putih, airnya yang jernih dan terdapatnya banyak batu karang.. sesiapa yang suka snorkeling dan diving, ini lah tempatnya..boleh jumpa pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni.. puas hatilah!!!


Kat sini  ada beberapa lagi pulau lain yang berdekatan seperti Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Sapid an Pulau Gaya..Kita boleh dapatkan pemandu pelancong dan menyewa bot ke sana..




Tempat penginapan juga terdapat di Pulau Manukan ini dengan harga yang berpatutan. Banyak kemudahan snorkeling disediakan termasuk menyewa kayak dan life jaket..terdapat mini café dan tempat mandi disediakan kepada pelancong..dan pengunjung yang bertandang ke sini kebanyakannya dari luar negara.

2 comments:

  1. I love this place! :D

    I've been here twice, it's among the best islands around KK that easily accesible. It has a cheery vibe, despite the WWII bombs on display around the island. Lots of fun people and watersports to do.

    ReplyDelete
  2. Yes,there's so much fun and beautiful scenery..but still not many people knows about the place, especially the Malaysian!!

    ReplyDelete