But then, yang menariknya isi kandungan kotak ni ada 3coklat di mana kat Malaysia dia orang jual satu satu dan tidak berkotak..bila kita buka bungkus coklat ni, kita akan nampak seperti telur disaluti coklat dan di dalamnya lagi ada 'surprise' iaitu plastik berbentuk telur dan ada mainan atau patung kecik di dalamnya...
through this blog, the writer's of chickentravel try to share and communicate with others her ideas, knowledge and experiences throughout her whole life, travel and enjoy life to the fullest.. beautiful people, scenery,social and culture,history,current issue and so forth..
Monday, 16 May 2011
My brother-in law just came back from London few days ago dan belikan coklat for my sons.. antaranya, coklat Kinder Surprise.. coklat coklat kat sana memang tak dinafikan murah sungguhpun matawang dia orang tinggi compared to ours..sekotak yang dijual ada 3 biji coklat di dalamnya cuma £ 1++, lebih kurang antara RM5-6 di mana kat Malaysia i jumpa kat 7 Eleven 1 biji coklat RM 3.60 dengan nama Kinder Joy..
But then, yang menariknya isi kandungan kotak ni ada 3coklat di mana kat Malaysia dia orang jual satu satu dan tidak berkotak..bila kita buka bungkus coklat ni, kita akan nampak seperti telur disaluti coklat dan di dalamnya lagi ada 'surprise' iaitu plastik berbentuk telur dan ada mainan atau patung kecik di dalamnya...
Nampak menarik dan setiap mainan di dalamnya unik dan disimpan untuk koleksi..
But then, yang menariknya isi kandungan kotak ni ada 3coklat di mana kat Malaysia dia orang jual satu satu dan tidak berkotak..bila kita buka bungkus coklat ni, kita akan nampak seperti telur disaluti coklat dan di dalamnya lagi ada 'surprise' iaitu plastik berbentuk telur dan ada mainan atau patung kecik di dalamnya...
Saturday, 14 May 2011
Holiday at Bukit Tinggi Resort, Pahang
RABBIT PARK
It's a French theme resort, yang dibuka pada bulan Julai 2000.Terdapatnya hutan hujan tropika seluas 16,000 ekar dan dibina sebentuk macam bangunan lama yang terletak di Alsace ,Perancis..Well, struktur binaan bangunan memang unik..daripada penggunaan batu solid pada dinding hinggalah decorasi bangunan itu sendiri..sebentuk macam cerita dogeng Inggeris dulu kala.. dengan bangunan tingginya, jam besar, cuckoo clock tower, fountain… dengan kata lain suasana dan pemandangan cam ni memang tak terdapat kat mana mana pun dalam Malaysia ..jadi, sesiapa yang tak sempat dan kempunan nak pergi ke Perancis, boleh la datang terus ke Bukit Tinggi Colmar Tropicale ..
DONKEY RIDE
Clown-entertain children with various activities
Colmar Tropicale Resort Hotel offers French village suites with 260 units of hotel rooms that range from superior to 6 bedroom suites.
Sempat lagi pergi ke souvenir shop untuk di bawa pulang..sebelum balik sempat lepak dan menjamu selera di salah sebuah restaurant di situ..Cuma, berbanding sejak permulaan ia dibuka dan kebelakangan ini, kami dapati ada beberapa restaurant yang kosong atau ditutup..dan semestinya pilihan agak terhad.. begitu juga dengan hotel yang ditawarkan tidak seindah seperti yang di war-warkan di dalam risalah..just ok la..
Restaurants and Bars
Labels:
Alsace,
bars,
Bukit Tinggi,
children,
clown,
Colmar Tropicale,
donkey ride,
drawing,
French,
horse riding,
hotel,
japanese village,
live band,
Pahang,
Perancis,
rabbit park,
restaurant
LET'S GO SHOPPING AT TESCO,THE CURVE,IKEA
Haa…inilah saat saat yang selalu dinantikan oleh 2 orang anak lelaki aku, Danial 9 tahun dan Adam 1 tahun 8 bulan..memang cukup nakal especially si kecik tu...Inilah juga saat saat aku dan suami akan pening kepala dengan pelbagai keletah dia orang ni.. Dalam perjalanan menuju ke Tesco, bukan main bising lagi Danial dan Adam menyanyi nyanyi...alah lagu kanak kanak ‘Wonder Pet’ tuu, yang ada binatang tikus, kura kura dan burung di atas kapal layar kat TV9..Apa lagi aku dan suami pun sampai terhafal pulak senikata lagu tu.. Sesungguhnya cerita kartun ni memang banyak mempengaruhi perangai anak anak aku ni.. pasal apa, cerita ‘Wonder Pet’ , ‘Dora’ dan Diego ni banyak mengajar kanak kanak erti tolong menolong, belajar bahasa, mengira dan sebagainya..kartun ni lebih kepada bentuk pembelajaran la..
Kebiasaannya kalau hendak membeli belah, aku dan suami akan pergi pada pertengahan bulan sebab hanya pada waktu tersebut sahajalah kami tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran..
Selain Carefour, membeli-belah di pasaraya Tesco ni memang menjimatkan..Even Giant pun tak boleh lawan dari segi harganya.. Kalau engko orang tengok products bawah brand Tesco, aku masih boleh jamin dari segi citarasa dan quality product tersebut lebih kurang sama je dengan jenama produk terkenal..Cuba you all rasa coklat jenama Tesco..well harganya lebih murah dan rasanya tak berapa jauh dengan coklat Cadbury…Aku ni gila coklat..tu sebab aku nak engko orang rasa coklat..
Daniel terus pergi ke department mainan dan stationary manakala kami bertiga terus mendapatkan makanan dapur.. So, memandangkan aku akan membuat nasi tomato, kari ayam dan sayur campur pada keesokan harinya, aku pun mula mendapatkan barangan yang tidak mencukupi seperti susu cair Ideal Milk, Tomato Paste, halia, ayam, kentang, sayur sayuran dan serbuk kari selain daripada barangan keperluan yang lain seperti susu tepung kedua dua anak aku dan pampers.
Kami singgah makan sekejap di The Curve sebelum meneruskan perjalanan ke Ikea. Cuaca yang cantik dan cerah ini membolehkan ramai pengunjung berjalan jalan dan bersantai sambil makan di situ terutamanya pada cuti hujung minggu.
Aku sempat merakamkan scenario tempat tempat makan dan kedai kedai kecil yang menjual bermacam jenis cenderahati. Sempat lagi aku membeli pelekat untuk fridge..
Aku sempat membeli satu set bedsheet buatan Bangladesh di Ikea..100% cotton..memang sejuk dan lembut buatan kainnya..
Pada sebelah malam, kalau ada masa terluang, aku suka lepak dengan family makan makan kat luar..antara tempat tempat favourite seperti The Coffee Bean, Burger King, The Fish Manhattan, Pizza Hut, Mc Donald…UpTown Danau Kota, Kampung Baru, Bangsar..
Kalau bawa budak budak aku prefer pergi fast food je terutama yang ada sediakan tempat mainan kanak kanak seperti Mc Donald, Pizza Hut..This is my beloved son dan anak saudara..
My favourite..pizza, spegetti Cabonarra..Yummy..yummy!!!
My son duduk sebelah patung Mc Donald..
I love Tuna Sandwich.. Ni tengah makan di Coffee Bean..
Aku ada masalah suka makan di waktu malam..orang dok tengah tidur..aku mengunyah..tapi di sebabkan aku punya tahap metabolisme tinggi..So, still boleh maintain lagi la badan..hi..hi..
Taman Burung Kuala Lumpur (Kl Bird Park Malaysia @Lake Gardens )
Bersiar siar di Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park Malaysia @Lake Gardens )
Antara tempat yang best untuk photography bagi aku adalah Taman Burung di Tasik Perdana dengan keluasan 20.9 ekar..10 minit je perjalanan dari KL..di sini kita boleh berjalan-jalan di kandang burung yang terbesar di dunia dengan bebas..ada lebih kurang 3,000 ekor burung tinggal di sini iaitu dari 200 jenis spesis dalam dan luar negara..
Rasa rasanya you all boleh kenal tak spesis dari negara kita? Contohnya burung kakak tua, warna dan saiz pelbagai, macam mana nak cam? Aku lebih tertarik pada burung burung yang bersaiz kecil dan pelbagai warna .. ia akan terbang kat tangan kita untuk mendapatkan makanan..tapi AWAS, dalam banyak banyak yang terbang tu mungkin ada yang sakit perut dan terkincit terkena kepala kita..
Kat Taman Burung ni juga ada bird show, nursery anak burung untuk pembelajaran kanak kanak sekolah, khidmat pengambaran bersama burung (photo booth), hornbill Park, World of Parrots, kedai souvenirs , kedai makan dan sebagainya..
Waktu buka dari jam 9.00 a.m-6.00 p.m. Entrance fee (warga Malaysia) dewasa: RM 20 dan RM 10 kanak kanak.. Kalau orang luar, dewasa: RM45 dan RM35 kanak-kanak.
Monday, 9 May 2011
Kembara India
KEMBARA INDIA
Orang kata jauh berjalan, luas pandangan..kat sini aku akan bawa engko orang pergi bersiar- siar di Bandar Bangalore, India pulak..Aku bersama suami telah mengambil peluang membeli tiket penerbangan ketika Malaysian Airlines (MAS) mengadakan jualan tiket murah....kalau nak membeli barang dah tentu murah di sana..nak dapatkan makanan halal pun senang..So, kami obtained a 6 months Visa dari Kedutaan India di Kuala Lumpur lebih kurang RM160. Kalau kita tak nak pergi sendiri, kita boleh minta travel agent untuk uruskan dengan membayar sedikit kepada mereka.
Ladang bunga matahari: dalam perjalanan ke Putty Patty
Waktu di Malaysia adalah 2 ½ jam lebih awal atau ke hadapan dari India. Setibanya kami di Bangalore, kami terpaksa beratur untuk pemeriksaan imigrasi.. Kawalan dan pengawasan pihak kastam di India agak ketat..sesiapa yang tidak mempunyai visa dikehendaki balik semula menaiki pesawat yang satu lagi..Mengambil gambar sewaktu pemeriksaan kastam tidak dibenarkan..Sebelum kami ke sini, kami telah memaklumkan kepada Kedutaan India di Malaysia berkenaan lawatan kami ini.. ini adalah untuk memudahkan kerja mencari kami sekiranya kami hilang atau tersesat di tengah tengah ‘lautan’ India..
Tut-Tut: Kenderaan pacuan 3 roda yang popular dan
termurah di India.
Sewaktu kami keluar dari Airport, keadaan terlalu sesak dengan manusia..kami telah dikerumun oleh pemandu pemandu taxi dan pekerja pengangkut barang yang berasak asak memaksa kami menggunakan taxi dan khidmat mereka.. So, sebaiknya kepada sesiapa yang first timer tu yang baru nak masuk India, baiklah membuat tempahan awal dengan travel agency untuk kemudahan tempat tinggal dan kenderaan. Memandangkan dah terlalu letih sesampai kat hotel, kami pun pergi masuk tidur awal..
Pada keesokan harinya, kami pergi singgah di Kerala untuk melihat perkampungan nelayan di situ yang merupakan tourist attraction..di situ juga terdapatnya sebahagian rempah ratus.. kami mengambil banyak gambar tetapi masyarakat di situ agak konservatif di mana kami terpaksa meminta izin dari mereka untuk bergambar bersama.. Mereka percaya bahawa roh mereka akan terperangkap disebalik penangkapan gambar mereka itu..
Cuba teka, apakah makanan tengahari kami di India??? Yaaa, MASALA DOOSA! Makanan ini macam roti canai la.. tapi ada inti kentang dan sayuran.. boleh tahan, sedap..Sebenarnya kat Malaysia pun ada..Tapi kat sini aku rasa sedap lagi, dengan terasa segala rempah ratusnya serta bau aroma masakan India yang begitu menyelerakan..Memandangkan aku ni makan tak kenyang selagi tak makan nasi, maka kami pun order la nasi bersama kari dan dhall..
Bercerita pasal nasi, nasi dia orang kat India ni bulat bulat, pendek dan gemuk gebu.. tak pernah lagi aku nampak kat Malaysia ni.. dia orang kata beras ni berzat..
Bila dah masuk petang, kami pun balik semula ke Bangalore menaiki keretapi. Keretapinya bersih, siap ada bantal dan selimut lagi untuk penumpang..Ada dikalangan penumpangnya meletakkan kasut di sebelah kepala sewaktu tidur untuk mengelakkan kasut kena curi..Perjalanan dari Kerala ke Bangalore agak jauh di mana kami terpaksa melalui dan berhenti sebanyak 21 stesen. Ketika keretapi berhenti di salah satu stesen, aku sempat melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang..antaranya pekerja keretapi yang membawa muatan barang yang penuh dengan makanan seperti kacang kuda, maruku, makanan yang dibungkus daun pisang serta air kopi..Senario keindahan India‘lama’ tersebut jarang dapat dilihat tetapi masih kekal dan ada hingga kini. Kami sempat merakamkan gambar rumah rumah lama dan usang yang masih berpenghuni ketika keretapi yang kami naiki ini menyusuri laluan menuju ke destinasi yang ditujui.
Kami tidak menunggu lama..kami menaiki taxi iaitu sebuah kereta Ambassador lama untuk menuju ke hotel..
Sesampainya kami di hotel, kami pun mengambil keputusan untuk tidak membuang masa and let’s shopping!!! Kami pun menaiki tut tut..ala motorsikal roda 3 tuuu..kalau selalu tengok cerita Tamil atau Hindi mesti tau punya..So, destinasi kami yang pertama adalah untuk membeli kain di bazaar.. dekat MG Road (Mahatma Gandhi Road) ..singgah sekejap di Mysore Silk Store..Woi..berpinar pinar mata aku tengok kain, ada bling bling berlabuci lagi…dah la murah!! Aku sempat beli lapik meja, alas kusyen,hiasan rumah..periuk belanga pun kami sapu..Suami aku beli beg samsonite pasal murah..kalau kat Malaysia harga mencecah RM1200, kat sini cuma RM600++ je..Kualiti boleh tahan, kalau beg tu dicampak ke bawah dari tingkat 5, kira masih tak pecah lagi laa..Bagi orang yang lasak dan selalu on the move, beg ni kira berbaloi beli la.. Aku pun ada membeli beberapa pasang ‘kurtas’ iaitu baju rekaan untuk lelaki India untuk suami dan keluarga yang lain.. baju ni diperbuat dari kain kapas dan tak panas bila dipakai..
Syurga Beli Belah
Setelah penat membeli belah dan berat membawa barang, maka kami pun mengambil keputusan untuk pergi sighseeing..Kami pergi ke tempat menunggu untuk mendapatkan tut tut, motorsikal roda 3 tu..setibanya kami di situ, hampir setiap pemandu cuba mengenakan caj yang tinggi kepada kami..Kalau nak diikutkan tambang untuk menuju ke destinasi yang hendak kami tujui cuma sekitar rp 4 …salah seorang pemandu pada mulanya bersetuju dengan harga tersebut, tiba tiba berubah harga setelah kami masuk dan duduk dengan selesa di dalam tut tut pemandu tersebut..harga tambang terus dinaikkan kepada rp12..so, tak ke bengangnya kita orang..namun sungguh pun begitu untuk keluar balik dari tut tut pemandu tu takde lah dalam kepala otak aku pada waktu tu sebab yang pertama, aku dah penat,kedua, rp12 tu berbanding duit kita bukanlah besar mana pun, dan yang ketiga, malu besar aku, tak pernah seumur hidup aku bila dah naik nak kena keluar balik sebab tak jadi gara gara isu tambang..So, nak dipendekkan jalan cerita, sanggup suami aku suruh aku keluar dari tut tut si pemandu tersebut..yang sebenarnya bukanlah duit masalahnya tetapi bila pemandu tu mula cakap pusing pusing, itulah yang suami aku naik angin satu badan..Adoi…So, aku pun keluar la dari tut tut tersebut..Baru beberapa langkah kami berjalan, tiba tiba kami didatangi oleh seorang mamat ni yang datang entah dari mana..dia menawarkan tut tut dia kepada kami untuk dinaiki siap dengan menyatakan rp4 iaitu harga tambang yang kami tekankan pada pemandu yang pertama tadi..jadi, kami ikutlah si pemandu ni yang meletakkan tut tut di belakang kedai berdekatan..Walaupun pemandu tersebut bersetuju dengan harga yang ditawarkan tadi, namun belum tentu dia berpuas hati..Maka, bermulalah adengan dia tekan minyak motor dan pecut bagai nak rak!!..mungkin ini adalah cara untuk menunjukkan protes kepada kami..nak murah la katakan, inilah hasilnya,celok kiri,celok kanan..belakang bangunan pun dia masuk juga.. Suami aku apa lagi, klik sana, klik sini sibuk mengambil gambar di sebalik realiti kehidupan yang sebenar masyarakat India..
Kuasa bunga: Panorama biasa di Jalan Commercial, Bangalore di mana bunga dijual di merata tempat dan selalunya digunakan untuk upacara sembahyang di kuil
Kami singgah sekejap untuk melawat bangunan merah iaitu Mahkamah Karnataka yang terkenal dengan senibina Eropah. Dari situ, kami terus ke Cuborn Park dan taman rekreasi yang mempunyai landskap yang begitu cantik dan mempersonakan..
Pada hari yang berikutnya kami singgah ke Sai Baba Centre kerana menemani sahabat kami yang sememangnya penduduk India dan penganut Sai Baba..Dalam perjalanan ke Sai Baba Centre, kami sempat mengamati panorama indah kebun kebun anggur dan bunga matahari. Sai Baba Centre sebenarnya terletak di Putty Pathy.
Salah Seorang Pekerja di Ladang Anggur
Kawasan tersebut menempatkan landasan kapal terbang Boeing 737-400, hospital yang sebesar HKL (Hospital Kuala Lumpur) yang menyediakan khidmat percuma kepada tetamu serta sekolah untuk penduduk setempat. Kawasan tersebut juga menempatkan dewan sebesar 6 buah padang tennis yang disediakan kepada pesakit atau pelawat sementara menunggu paderi atau pengamal perubatan datang dengan menaiki kereta mewah Limousin untuk memulakan upacara sembahyang.. Nama sekolah dan hospital di situ diambil sempena nama pemiliknya,Sai Baba, iaitu seorang pengamal ilmu kerohanian. Kami tidak menjangka terdapatnya ramai penganut Sai Baba yang datang dari seluruh pelosok dunia.. Mereka berpakaian serba putih seperti uniform di mana sesiapa yang hendak memasuki premis tersebut diwajibkan mengikuti dress code yang disarankan sahaja.. pakaian yang berwarna lain selain putih tidak dibenarkan.. Mengikut kepercayaan penganut Sai Baba, sesiapa yang mendapat cancer akan cepat sembuh dengan kuasa Sai Baba..Suasana berada di Sai Baba Centre sememangnya agak pelik bagi orang luar seperti kami..terlalu banyak persoalan yang bermain diminda kami ketika melihat segala kemewahan yang terdapat di sebuah penempatan perkampungan terpencil di India..
Di Sai Baba Centre, terdapat banyak deretan kedai bazaar yang menjual bermacam jenis barangan dan lebih murah berbanding kawasan bandar.Kebanyakan pelawat dan pelanggan adalah orang dari negara luar. Agak mengagumkan di mana rata rata penjual di kedai bazaar begitu fasih berbahasa Inggeris..Sementara menunggu sahabat kami yang masih berada di dalam dewan untuk upacara sembahyang di Sai Baba Centre, kami mengambil peluang untuk pergi membeli belah di kedai bazaar berdekatan. Antara barangan yang kami beli adalah sandal hasil buatan tangan serta karpet berhias batu Topaz dengan 250 biji batu Ruby, Sapphire dan Emerald yang berharga lebih kurang RM400++ ..di mana harga di bandar sekitar RM 1000++..
Kami meneruskan perjalanan balik semula ke Bangalore pada sebelah malam dan sampai pada pagi berikutnya..Walaupun dalam keletihan, perjalanan kami masih diteruskan dengan menaiki keretapi menuju ke Cochin iaitu ibu negara Kerala bersebelahan Tamil Nadu..
Semasa berada di stesen keretapi, kami telah diasak oleh porter iaitu pengangkut barang..Mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan beg-beg dan luggage kita untuk diangkut.. Namun AWAS, sebab mereka juga akan terus membawa lari barangan kita tanpa dapat dikesan di celah celah manusia yang begitu ramai.. Sebaik baiknya untuk menaiki keretapi di India, kami sarankan untuk membawa backpack atau beg sandang untuk memudahkan perjalanan. Kami begitu letih dan kebanyakkan masa kami luangkan untuk tidur.. Kami tidak menjumpai kantin di dalam keretapi dan cuma makan roti sandwich yang kami beli dari luar sekiranya berasa lapar..dan oleh itu adalah lebih baik untuk membawa makanan sendiri atau memesan dan membayar kepada station master untuk tempahan makanan sebelum memulakan perjalanan. Ketika berada di dalam keretapi, adalah dinasihatkan untuk menjaga barangan kita sebaik mungkin kerana kekerapan berlakunya kecurian.. Kami sempat membeli kunci basikal untuk mengunci beg beg kami terutamanya sekira kami hendak ke tandas. Banyak kisah yang menakutkan yang kami dengar mengenai kecurian barang barang penumpang yang menaiki keretapi yang diketuai oleh beberapa sindiket, antaranya dengan mencampakkan barangan penumpang keluar dari keretapi di mana ada di antara mereka yang akan menunggu habuan dari luar.
Kami kembali semula ke Cochin pada sebelah malamnya..Untuk mendapatkan pertukaran mata wang dari pengurup wang atau money changer adalah mudah didapati di mana ada sesetengah tempat menyediakan khidmat 24 jam. Di Cochin, kami sempat meninjau bazaar bazaar yang ada di situ sebelum kami meneruskan perjalanan kami menaiki keretapi balik ke Bangalore dan seterusnya pulang ke Malaysia. Aku sempat meninjau sebuah buku disalah sebuah bazaar tersebut, nak tahu buku apa?? Buku bertajuk ‘Kamasutra’!! Bagi sesetengah orang mungkin agak tertutup dan berasa tidak selasa dengan gambar gambar lakaran yang terdapat pada buku tersebut tetapi menurut penjual buku, walaupun kandungan buku tersebut lebih berunsurkan cara cara pengamalan sexs, namun segala gala yang terkandung di dalamnya mempunyai keseniannya yang tersendiri bagi masyarakat India di mana ia melambangkan tradisi amalan mereka sejak berkurun kurun lamanya..Sesungguhnya kami berasa sangat bertuah kerana berpeluang melancong di Bangalore dan beberapa tempat lain yang menarik di India sambil menimba banyak pengalaman di negara tersebut..
Labels:
Bangalore,
bazaar,
clothes,
Cochin,
flowers,
Kamasutra,
Karnataka,
Kerala,
Mahatma Gandhi Road,
Malaysia Airlines (MAS),
Putrajaya,
Roti Canai,
Sai Baba Centre,
Silicon Valley,
spices,
Tamil Nadu
Subscribe to:
Posts (Atom)