KEMBARA INDIA
Orang kata jauh berjalan, luas pandangan..kat sini aku akan bawa engko orang pergi bersiar- siar di Bandar Bangalore, India pulak..Aku bersama suami telah mengambil peluang membeli tiket penerbangan ketika Malaysian Airlines (MAS) mengadakan jualan tiket murah....kalau nak membeli barang dah tentu murah di sana..nak dapatkan makanan halal pun senang..So, kami obtained a 6 months Visa dari Kedutaan India di Kuala Lumpur lebih kurang RM160. Kalau kita tak nak pergi sendiri, kita boleh minta travel agent untuk uruskan dengan membayar sedikit kepada mereka.
Ladang bunga matahari: dalam perjalanan ke Putty Patty
Waktu di Malaysia adalah 2 ½ jam lebih awal atau ke hadapan dari India. Setibanya kami di Bangalore, kami terpaksa beratur untuk pemeriksaan imigrasi.. Kawalan dan pengawasan pihak kastam di India agak ketat..sesiapa yang tidak mempunyai visa dikehendaki balik semula menaiki pesawat yang satu lagi..Mengambil gambar sewaktu pemeriksaan kastam tidak dibenarkan..Sebelum kami ke sini, kami telah memaklumkan kepada Kedutaan India di Malaysia berkenaan lawatan kami ini.. ini adalah untuk memudahkan kerja mencari kami sekiranya kami hilang atau tersesat di tengah tengah ‘lautan’ India..
Tut-Tut: Kenderaan pacuan 3 roda yang popular dan
termurah di India.
Sewaktu kami keluar dari Airport, keadaan terlalu sesak dengan manusia..kami telah dikerumun oleh pemandu pemandu taxi dan pekerja pengangkut barang yang berasak asak memaksa kami menggunakan taxi dan khidmat mereka.. So, sebaiknya kepada sesiapa yang first timer tu yang baru nak masuk India, baiklah membuat tempahan awal dengan travel agency untuk kemudahan tempat tinggal dan kenderaan. Memandangkan dah terlalu letih sesampai kat hotel, kami pun pergi masuk tidur awal..
Pada keesokan harinya, kami pergi singgah di Kerala untuk melihat perkampungan nelayan di situ yang merupakan tourist attraction..di situ juga terdapatnya sebahagian rempah ratus.. kami mengambil banyak gambar tetapi masyarakat di situ agak konservatif di mana kami terpaksa meminta izin dari mereka untuk bergambar bersama.. Mereka percaya bahawa roh mereka akan terperangkap disebalik penangkapan gambar mereka itu..
Cuba teka, apakah makanan tengahari kami di India??? Yaaa, MASALA DOOSA! Makanan ini macam roti canai la.. tapi ada inti kentang dan sayuran.. boleh tahan, sedap..Sebenarnya kat Malaysia pun ada..Tapi kat sini aku rasa sedap lagi, dengan terasa segala rempah ratusnya serta bau aroma masakan India yang begitu menyelerakan..Memandangkan aku ni makan tak kenyang selagi tak makan nasi, maka kami pun order la nasi bersama kari dan dhall..
Bercerita pasal nasi, nasi dia orang kat India ni bulat bulat, pendek dan gemuk gebu.. tak pernah lagi aku nampak kat Malaysia ni.. dia orang kata beras ni berzat..
Bila dah masuk petang, kami pun balik semula ke Bangalore menaiki keretapi. Keretapinya bersih, siap ada bantal dan selimut lagi untuk penumpang..Ada dikalangan penumpangnya meletakkan kasut di sebelah kepala sewaktu tidur untuk mengelakkan kasut kena curi..Perjalanan dari Kerala ke Bangalore agak jauh di mana kami terpaksa melalui dan berhenti sebanyak 21 stesen. Ketika keretapi berhenti di salah satu stesen, aku sempat melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang..antaranya pekerja keretapi yang membawa muatan barang yang penuh dengan makanan seperti kacang kuda, maruku, makanan yang dibungkus daun pisang serta air kopi..Senario keindahan India‘lama’ tersebut jarang dapat dilihat tetapi masih kekal dan ada hingga kini. Kami sempat merakamkan gambar rumah rumah lama dan usang yang masih berpenghuni ketika keretapi yang kami naiki ini menyusuri laluan menuju ke destinasi yang ditujui.
Kami tidak menunggu lama..kami menaiki taxi iaitu sebuah kereta Ambassador lama untuk menuju ke hotel..
Sesampainya kami di hotel, kami pun mengambil keputusan untuk tidak membuang masa and let’s shopping!!! Kami pun menaiki tut tut..ala motorsikal roda 3 tuuu..kalau selalu tengok cerita Tamil atau Hindi mesti tau punya..So, destinasi kami yang pertama adalah untuk membeli kain di bazaar.. dekat MG Road (Mahatma Gandhi Road) ..singgah sekejap di Mysore Silk Store..Woi..berpinar pinar mata aku tengok kain, ada bling bling berlabuci lagi…dah la murah!! Aku sempat beli lapik meja, alas kusyen,hiasan rumah..periuk belanga pun kami sapu..Suami aku beli beg samsonite pasal murah..kalau kat Malaysia harga mencecah RM1200, kat sini cuma RM600++ je..Kualiti boleh tahan, kalau beg tu dicampak ke bawah dari tingkat 5, kira masih tak pecah lagi laa..Bagi orang yang lasak dan selalu on the move, beg ni kira berbaloi beli la.. Aku pun ada membeli beberapa pasang ‘kurtas’ iaitu baju rekaan untuk lelaki India untuk suami dan keluarga yang lain.. baju ni diperbuat dari kain kapas dan tak panas bila dipakai..
Syurga Beli Belah
Setelah penat membeli belah dan berat membawa barang, maka kami pun mengambil keputusan untuk pergi sighseeing..Kami pergi ke tempat menunggu untuk mendapatkan tut tut, motorsikal roda 3 tu..setibanya kami di situ, hampir setiap pemandu cuba mengenakan caj yang tinggi kepada kami..Kalau nak diikutkan tambang untuk menuju ke destinasi yang hendak kami tujui cuma sekitar rp 4 …salah seorang pemandu pada mulanya bersetuju dengan harga tersebut, tiba tiba berubah harga setelah kami masuk dan duduk dengan selesa di dalam tut tut pemandu tersebut..harga tambang terus dinaikkan kepada rp12..so, tak ke bengangnya kita orang..namun sungguh pun begitu untuk keluar balik dari tut tut pemandu tu takde lah dalam kepala otak aku pada waktu tu sebab yang pertama, aku dah penat,kedua, rp12 tu berbanding duit kita bukanlah besar mana pun, dan yang ketiga, malu besar aku, tak pernah seumur hidup aku bila dah naik nak kena keluar balik sebab tak jadi gara gara isu tambang..So, nak dipendekkan jalan cerita, sanggup suami aku suruh aku keluar dari tut tut si pemandu tersebut..yang sebenarnya bukanlah duit masalahnya tetapi bila pemandu tu mula cakap pusing pusing, itulah yang suami aku naik angin satu badan..Adoi…So, aku pun keluar la dari tut tut tersebut..Baru beberapa langkah kami berjalan, tiba tiba kami didatangi oleh seorang mamat ni yang datang entah dari mana..dia menawarkan tut tut dia kepada kami untuk dinaiki siap dengan menyatakan rp4 iaitu harga tambang yang kami tekankan pada pemandu yang pertama tadi..jadi, kami ikutlah si pemandu ni yang meletakkan tut tut di belakang kedai berdekatan..Walaupun pemandu tersebut bersetuju dengan harga yang ditawarkan tadi, namun belum tentu dia berpuas hati..Maka, bermulalah adengan dia tekan minyak motor dan pecut bagai nak rak!!..mungkin ini adalah cara untuk menunjukkan protes kepada kami..nak murah la katakan, inilah hasilnya,celok kiri,celok kanan..belakang bangunan pun dia masuk juga.. Suami aku apa lagi, klik sana, klik sini sibuk mengambil gambar di sebalik realiti kehidupan yang sebenar masyarakat India..
Kuasa bunga: Panorama biasa di Jalan Commercial, Bangalore di mana bunga dijual di merata tempat dan selalunya digunakan untuk upacara sembahyang di kuil
Kami singgah sekejap untuk melawat bangunan merah iaitu Mahkamah Karnataka yang terkenal dengan senibina Eropah. Dari situ, kami terus ke Cuborn Park dan taman rekreasi yang mempunyai landskap yang begitu cantik dan mempersonakan..
Pada hari yang berikutnya kami singgah ke Sai Baba Centre kerana menemani sahabat kami yang sememangnya penduduk India dan penganut Sai Baba..Dalam perjalanan ke Sai Baba Centre, kami sempat mengamati panorama indah kebun kebun anggur dan bunga matahari. Sai Baba Centre sebenarnya terletak di Putty Pathy.
Salah Seorang Pekerja di Ladang Anggur
Kawasan tersebut menempatkan landasan kapal terbang Boeing 737-400, hospital yang sebesar HKL (Hospital Kuala Lumpur) yang menyediakan khidmat percuma kepada tetamu serta sekolah untuk penduduk setempat. Kawasan tersebut juga menempatkan dewan sebesar 6 buah padang tennis yang disediakan kepada pesakit atau pelawat sementara menunggu paderi atau pengamal perubatan datang dengan menaiki kereta mewah Limousin untuk memulakan upacara sembahyang.. Nama sekolah dan hospital di situ diambil sempena nama pemiliknya,Sai Baba, iaitu seorang pengamal ilmu kerohanian. Kami tidak menjangka terdapatnya ramai penganut Sai Baba yang datang dari seluruh pelosok dunia.. Mereka berpakaian serba putih seperti uniform di mana sesiapa yang hendak memasuki premis tersebut diwajibkan mengikuti dress code yang disarankan sahaja.. pakaian yang berwarna lain selain putih tidak dibenarkan.. Mengikut kepercayaan penganut Sai Baba, sesiapa yang mendapat cancer akan cepat sembuh dengan kuasa Sai Baba..Suasana berada di Sai Baba Centre sememangnya agak pelik bagi orang luar seperti kami..terlalu banyak persoalan yang bermain diminda kami ketika melihat segala kemewahan yang terdapat di sebuah penempatan perkampungan terpencil di India..
Di Sai Baba Centre, terdapat banyak deretan kedai bazaar yang menjual bermacam jenis barangan dan lebih murah berbanding kawasan bandar.Kebanyakan pelawat dan pelanggan adalah orang dari negara luar. Agak mengagumkan di mana rata rata penjual di kedai bazaar begitu fasih berbahasa Inggeris..Sementara menunggu sahabat kami yang masih berada di dalam dewan untuk upacara sembahyang di Sai Baba Centre, kami mengambil peluang untuk pergi membeli belah di kedai bazaar berdekatan. Antara barangan yang kami beli adalah sandal hasil buatan tangan serta karpet berhias batu Topaz dengan 250 biji batu Ruby, Sapphire dan Emerald yang berharga lebih kurang RM400++ ..di mana harga di bandar sekitar RM 1000++..
Kami meneruskan perjalanan balik semula ke Bangalore pada sebelah malam dan sampai pada pagi berikutnya..Walaupun dalam keletihan, perjalanan kami masih diteruskan dengan menaiki keretapi menuju ke Cochin iaitu ibu negara Kerala bersebelahan Tamil Nadu..
Semasa berada di stesen keretapi, kami telah diasak oleh porter iaitu pengangkut barang..Mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan beg-beg dan luggage kita untuk diangkut.. Namun AWAS, sebab mereka juga akan terus membawa lari barangan kita tanpa dapat dikesan di celah celah manusia yang begitu ramai.. Sebaik baiknya untuk menaiki keretapi di India, kami sarankan untuk membawa backpack atau beg sandang untuk memudahkan perjalanan. Kami begitu letih dan kebanyakkan masa kami luangkan untuk tidur.. Kami tidak menjumpai kantin di dalam keretapi dan cuma makan roti sandwich yang kami beli dari luar sekiranya berasa lapar..dan oleh itu adalah lebih baik untuk membawa makanan sendiri atau memesan dan membayar kepada station master untuk tempahan makanan sebelum memulakan perjalanan. Ketika berada di dalam keretapi, adalah dinasihatkan untuk menjaga barangan kita sebaik mungkin kerana kekerapan berlakunya kecurian.. Kami sempat membeli kunci basikal untuk mengunci beg beg kami terutamanya sekira kami hendak ke tandas. Banyak kisah yang menakutkan yang kami dengar mengenai kecurian barang barang penumpang yang menaiki keretapi yang diketuai oleh beberapa sindiket, antaranya dengan mencampakkan barangan penumpang keluar dari keretapi di mana ada di antara mereka yang akan menunggu habuan dari luar.
Kami kembali semula ke Cochin pada sebelah malamnya..Untuk mendapatkan pertukaran mata wang dari pengurup wang atau money changer adalah mudah didapati di mana ada sesetengah tempat menyediakan khidmat 24 jam. Di Cochin, kami sempat meninjau bazaar bazaar yang ada di situ sebelum kami meneruskan perjalanan kami menaiki keretapi balik ke Bangalore dan seterusnya pulang ke Malaysia. Aku sempat meninjau sebuah buku disalah sebuah bazaar tersebut, nak tahu buku apa?? Buku bertajuk ‘Kamasutra’!! Bagi sesetengah orang mungkin agak tertutup dan berasa tidak selasa dengan gambar gambar lakaran yang terdapat pada buku tersebut tetapi menurut penjual buku, walaupun kandungan buku tersebut lebih berunsurkan cara cara pengamalan sexs, namun segala gala yang terkandung di dalamnya mempunyai keseniannya yang tersendiri bagi masyarakat India di mana ia melambangkan tradisi amalan mereka sejak berkurun kurun lamanya..Sesungguhnya kami berasa sangat bertuah kerana berpeluang melancong di Bangalore dan beberapa tempat lain yang menarik di India sambil menimba banyak pengalaman di negara tersebut..
No comments:
Post a Comment