Saturday 14 May 2011

Taman Burung Kuala Lumpur (Kl Bird Park Malaysia @Lake Gardens )

Bersiar siar di Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park Malaysia @Lake Gardens )
Antara tempat yang best untuk photography bagi aku adalah Taman Burung di Tasik Perdana dengan keluasan 20.9 ekar..10 minit je perjalanan dari KL..di sini kita boleh berjalan-jalan di kandang  burung yang terbesar di dunia dengan bebas..ada lebih kurang 3,000 ekor burung tinggal di sini iaitu dari 200 jenis spesis dalam dan luar negara..
Rasa rasanya you all boleh kenal tak spesis dari negara kita? Contohnya burung kakak tua, warna dan saiz pelbagai, macam mana nak cam? Aku lebih tertarik pada burung burung yang bersaiz kecil dan pelbagai warna .. ia akan terbang kat tangan kita untuk mendapatkan makanan..tapi AWAS, dalam banyak banyak yang terbang tu mungkin ada yang sakit perut dan terkincit  terkena kepala kita..



Kat Taman Burung ni juga ada bird show, nursery anak burung untuk pembelajaran kanak kanak sekolah, khidmat pengambaran bersama burung (photo booth), hornbill Park, World of Parrots, kedai souvenirs , kedai makan dan sebagainya..

Waktu buka dari jam 9.00 a.m-6.00 p.m. Entrance fee (warga Malaysia) dewasa: RM 20 dan RM 10 kanak kanak.. Kalau orang luar, dewasa: RM45 dan RM35 kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment